Pelancongan dan warisan ڤلنچوڠن دان واريثن Sandakan

Tokong Puuh Jih ShihKampung Buli Sim Sim

Oleh sebab Sandakan nyaris ranap ketika Perang Dunia II, cuma terdapat beberapa buah bangunan pelbagai usia yang masih ada. Antara tarikan yang masih ada termasuk:

  • Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.
  • English Tea House - terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional. Alamat: 2002 Jalan Istana - tel: 6089 222544
  • Taman Peringatan Sandakan - dibina di tapak khemah tawanan perang Taman Rimba di Batu 7.
  • Tanah Perkuburan Jepun - menempatkan tapak peringatan kepada korban perang Jepun di Borneo.
  • Gereja St Michael's and All Angels - gereja granit ini dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.
  • Tokong Buddha Puu Jih Shih - tokong merah dan emas yang siap pada tahun 1987 ini menghadap pusat bandar.
  • Tokong Sam Sing Kung Temple - binaan yang siap pada tahun 1887 ini merupakan binaan yang tertua di Sandakan.
  • Masjid Sandakan - binaan yang siap pada tahun 1988 ini terletak berhampiran dengan teluk dan Kampung Buli Sim Sim.
  • Kampung Buli Sim Sim - kampung perikanan berkaki bajang di tapak asal pekan Sandakan.
  • Pasar Sandakan - antara pasar yang terbesar dan tersibuk di Sabah.
  • Taman Buaya - terletak 12 km (7.5 batu) dari Sandakan, menempatkan lebih 2,000 ekor reptilia ini dalam kolam konkrit.
  • Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - tempat pemerhatian kera Bekantan untuk para pelancong yang hendak mendekati spesis kera ini di habitat semulajadinya.


  • Third Avenue, Sandakan
  • Sebatang lorong di Sandakan
  • Pemandangan Sandakan dari English Tea House (berdekatan Rotary's Observation Pavilion)
  • Pemandangan Sandakan dari Tokong Puu Jih Shih
  • Gereja granit tertua di Malaysia, Gereja St. Michael dan Semua Malaikat
  • Perkampungan pantai Kampung Buli Sim Sim, Sandakan, menghadap daratan
  • Perkampungan pantai Kampung Buli Sim Sim, Sandakan, menghadap laut
  • Tokong Puu Jih Shih, Sandakan
  • Patung berhala di Tokong Puu Jih Shih
  • Bandar Indah Jaya sebuah bandar satelit di pinggir Sandakan, di Batu 4.
  • Tarian unikorn Tahun Baru Cina yang unik di Sabah
  • Pemandangan Pusat Bandar Sandakan


Rujukan

WikiPedia: Sandakan ftp://ftp.atdd.noaa.gov/pub/GCOS/WMO-Normals/TABLE... http://www.asiaextreme.biz/eth/ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.calbears.com/ViewArticle.dbml?DB_OEM_ID... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18631 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.highbeam.com/doc/1P1-211737144.html http://www.theborneopost.com/2012/09/16/kts-raises... http://www.dwd.de/DWD/klima/beratung/ak/ak_964910_... http://www.ireka.com.my/news_press_releases0051.ht...